Friday 9 September 2011

Tak Sabar

*berjumpa lagi kita*




*masih comot lagi*

Thursday 8 September 2011

Wednesday 7 September 2011

Minat baru ialah mendoodle!!

Salam Satu Malaysia!

lame sungguh blok ni bersawang. Semalam masa jalan-jalan kat blog orang, terjumpa lah satu link ni. Gatal tangan terus tekan link and taarrraaaa!! jumpe blog cik dil!. Haha terus geledah-geledah die punye blog habis semua post pasal doodle aku gagau sampai lelah tangan sampai lectrer membebel kat depan aku tak pandang! huh ok sekarang memang serius penat.

grr i jeles la kat die sebab die wat doodle cantik, tangan berseni gitu. dan dengan pantasnya telah menggeledah kot-kot ada tutorial wat doodle and tara!!!! memang ada! and die maksudnye memanglah tak kedekut ilmu. i lappp u lah!! *tetibe*

then dengan rakusnya telah belajar mendoodle dengan tutorial tu. and tarraaaaa!!!!





*ala malu la nak tunjuk*







ok2.




oh tidakkk!! frust gikle sebab sangat tak comel!!! mata memangla cantik sebab amek cik dil punye!! grrrrr.. oh takpe...cubaan kedua seterusnya...



olololo suweeetnye...hahaha masa ni rasa cam dah comel sangat dah ni.awwuuuu!! hihi tapi ini sangat tembam. malunye..hihi takpe-takpe kita usaha lagi ye ;D



ahlan wasahlan ya ustazah!! adododod. nomei nomei! hik2 tapi muka masih xleh lari dari sifu punye muka. maafkan saya :( nanti saya belajar lagi ye....



huwa huwa huwa saya sukelah.kawan suruh wat pakai speck utuk die sebab die speckie...comotla speck tu.hihi gedabaknye...tapi skirt sy xjd...hihihi cane nak wat?

ok fine.yang ni memang sangat xcantik!! sebab saya xreti wat laki!! tensionnye. cane nak wat rambut?? cane nak wat mata? seme comots....hih!


err? buruk kan? maafkan saya,saya masih naif, huhuhu takpe. lepasni lukis banyak-banyak lagi sampai diri sendiri muntah. tapi saya tak tau cam mana nak masukkan corak bunga-bunga ke polka dot ke kat baju. saya cuba-cuba terus xjadi -______-.



*nampaksangatmemangtakretigunephotoshop*
okbai!!

Wednesday 20 July 2011

Wordless Wednesday


* apa itu wordless wednesday? *

ia adalah hari tanpa perlu menulis apa-apa,
kerana dengan gambar ia telah menggambarkan semuanya :p

.alhamdulillah bahagia.

Tuesday 19 July 2011

You! Yes You!


you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you.


sejak dari mula, memang b sorang yang dapat ceriakan hari ma. setiap detik setiap saat kita bersama memang akan jadi saat yang membahagiakan. tak kan ada istilah letih, penat, malas kalau untuk b. memang ma tak ppernah lupa b walau sesaat. sebab tu kadang-kadang ma boleh jadi orang yang sangat overprotect b. sampai selalu b jadi rimas sebab ma selalu macam mengongkong -__-

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine.

ma takkan dapat lupekan semua kenangan-kenangan kita. mungkin untuk b semua tu biasa-biasa saja, tapi bagi ma, walau sesaat kita bersama pun dah jadi yang terindah untuk ma. b je yang mampu wat ma tersengih sorang-sorang macam kerang busuk, meracau macam orang gila, meroyan macam orang xde akal, ketawa sampai sakit perut. b memang selalu jadi sebahagian dari ma. sebab tu kalau b tak ada, ma langsung tak boleh nak wat ape. even kalau boleh, satu hari tu bia ma tido sebab ma tak tahan sorang-sorang. masa b pergi..setiap kenangan ma ingat, ma akan menyesal..kenapa hubungan kita berakhir macam tu. kenapa kita tak boleh teruskan?

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here.


masa tu, ma teringat macam mana kita ditemukan balik lepas hampir setahun tak jumpa. macam mana pertama kali kita jumpa kat kedai kat Taman Murni tu. -__-. malu selekeh betul ma masa tu. sekarang pon comot lagi. masa tu masing-masing diam tak de cakap suka sama sendiri. diam-diam sayang.how sweet. banyak rintangan kita, sampai satu masa, berakhir macam tu semua yang kita bina.

i know it's me who say good bye
and that the hardes
t thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you.


ma tau, memang ma yang mintak b lepaskan ma. sebab seminggu tu b memang berubah. ma tak tau masa tu mana silap ma. ma cuma rasa b makin jauh. ma dapat rasa hati b dah tawar pada ma. ma tau memang tu  cara b nak jauhkan diri dari ma. tapi seminggu ma bertahan. ma cuba pikir b sibuk dengan kerja baru. ma susah nak mintak b lepaskan ma, tp bila b betul2 lepaskan ma, ma jatuh terduduk. sebab ma sayang b, ma sayang hubungan kita.

for all the things i've done and said
for all the hurt i've caused of you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do. 

bila b datang pada ma, dan ma dah tau kesilapan ma, ma jadi malu. ma malu sangat. tapi demi b, biarlah ma lalui jugak. semua kesilapan ma, ma mintak maaf. ma tak ada niat nak mengongkong b. bukan niat ma untuk jadi terlalu taksub dengan b. bukan rancangan ma untuk kawal hidup b. bukan   dari hati ma ak wat b jadi rimas dengan ma. semua benda tu terjadi sebab ma takut kehilangan b. sebab tu ma jadi nak tau apa yang b buat. ma selalu curiga dengan b. ma rasa b ambil mudah dengan semua ni, sedangkan ma macam berusaha sorang-sorang. sakit rupanya semua tu. sampai b pun ak tahan dengan ma. tapi ma masih tak pasti, b pergi dari ma sebab tak tahn dengan ma ataupun hati jatuh pada orang lain -__-



kepada MF,
ma tau ma bukan yang terbaik untuk b. ma cuma seorang perempuan yang mengharapkan cinta sejati. ma cuma mengharapkan kejujuran b. hubungan yang bersambung kembali ma harapkan lebih baik dari sebelum ni. ma na berubah jadi yang lebih baik dan ma cuma harapkan sokongan b. b tau ape yang b aptut buat, dan ma tau apa yang ma perlu buat. hilang kejujuran b,hilang kesetiaan b,  hilanglah kepercayaan ma. hilang kepercayaan ma, hilanglah hubungan kita b. macam tu juga dengan ma, hilang kejujuran ma, hilang kesetiaan ma, hilanglah kepercayaan b pada ma, masa tu hilanglah hubungan kita b. sebab kepercayaan kita dah hilang. semoga b dapat bantu ma menjadi yang lebih baik.



.SAYA.SAYANG.CINTA.AWAK.



Monday 18 July 2011

Itu Falsafah Cinta

Walau berjuta kesalahan awak pada saya, saya tak kan jadikan semua itu alasan untuk saya tinggalkan awak, tapi saya akan cuba cari walau satu kebaikan yang awak ada untuk saya pertahankan awak dari awak tinggalkan saya.

bukan bermakna terlalu banyak kesalahan die, bukan bermakna terlalu jahat die, bukan bermakna terlalu buruknya dia. Namun dia sebenarnya terlalu baik untuk aku. Aku cuma rasa bersyukur kerana dia masih bersamaku. Yang aku harapkan adalah kejujuran, kesetiaan.tak banyak yang aku minta.

Perhubungan yang kembali bertaut terlalu banyak cabarannya. Aku manusia biasa, bila dikejutkan dengan sesuatu yang tak dijangka, aku sendiri cepat melatah. terus aku seperti jatuh,hilang semuanya. Aku rasakan seperti aku tidak layak untuknya. Aku terlalu jahat untuknya.

Aku tahu banyak yang perlu aku perbaiki. Banyak yang perlu aku ubah dalam hidup. Aku perlu sedar, aku masih bukan sesiapa lagi untuknya.Aku perlu belajar untuk menerima. Namun, aku masih malu. Malu dengan semua yang pernah berlaku. Memang pahit untuk aku telan,namun aku perlu menerima. Pandangan orang kepada diri aku biarlah masa yang menentukan. kerana aku tiadahak untuk mengubahnya.

Kepada insan yang aku cinta:

b, ma tau ma tak sempurna. banyak kesalahan ma pada b. tapi ma nak berubah. ma nak cuba berubah. yang ma harapkan cuma b, bantulah ma... 

Sunday 10 July 2011

Setiap kesedihan pasti ada kebahagiaan


Syukur Ya Allah atas setiap kebahagiaan yang Kau kurniakan. Kau duga aku dengan kesetiaan, Kau duga aku dengan kesabaran, Kau duga aku dengan kekecewaan, tapi akhirnya Kau berikan aku kemanisan yang tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.




Manis bila setiap kenangan diabadikan bersama.Thanks love. It's just keinginan yang tak dijangka. Oh Amoi Ilin tu sangat sweet kan? hahaha i love it.

Tuesday 5 July 2011

Kedah-Penang. Holiday

Oleh sebab kecewa yang teramat, lari membawa diri ke Kedah dan Penang bersama rakan-rakan. Sebelum pergi aku cuma mampu berharapa agar sepanjang 3 hari percutian tu aku akan lebih tenang, lebih gembira. membawa sinar baru dalam hidup. 

Tapi aku silap,saat tiba di Pulau Pinang, hati berdegup laju. Tak mampu aku menahan sakitnya. Air mata jatuh juga. Terkenang saat-saat berjanji untuk menghabiskan masa bersama di situ. Hari sabtu petang, Queensbay menjadi destinasi pertama di Pulau Pinang. Seronok? Hanya mampu memaksa diri. Sengaja sanggup berpusing di dalam mall tu semata-mata tak nak buat aku berfikir tentangnya. Sakit kan?

Malam tu sampai kat rumah dalam pukul 1030, makan mee kari yang super sedap dan terus bersiap-siap. Kolam air panas Ulu Legong adalah destinasi seterusnya. Bergerak dari rumah pukul 1215 malam, perjalanan satu jam sangat mementkan lebih-lebih lagi masih belum dapat berehat secukupnya. Sampai di sana dalam pukul 130 dan suasana yang sangat meriah. Kolam air panas sangat best dan aku suka sangat sebab dapat buat aku lupa masalh aku. satu jam setengah sangat berbaloi. tiba di rumah pukul 4 pagi dan terus tidur. Selesa.



Esok pagi selepas bersarapan, terus bersiap untuk destinasi yang paling aku tunggu-tunggu. Gunung Jerai! Perjalanan naik yang sangat mencabar, lebih mencabar dari Cameron Highland. Suasanan yang sanagt sejuk. Dan paling mengujakan, inilah pertama kali aku melihat pemandangan yang sangat hebat. sangat cantik. Tak dapat aku gambarkan. Mengambil peluang bergambar kenangan dan menikmati suasana kat situ hampir 2 jam.

pemandangan dr puncak gunung jerai

 
 
 regency hotel. tempat honeymoon =)

=)

Selesai semua tu, kami turun ke bawah dan bergerak menuju ke butterworth. Membeli buah tangan yang wajib = jeruk! Sampai kat sana, solat dulu sebelum cari tempat makan sebab perut sangat superr laparr gila. Sebenarnya, sepanjang perjalanan tu aku masih terfikirkan dia. menunggu msg yang aku rasakan tak kan pernah sampai dalam inbox aku.



Namun, Allah mendengar doa tangisku siang dan malam...Mendengar rintihan hatiku...hatiku berdegup kencang kerana saat menunggu makanan sampai, lampu bb berkelip merah, biru, kuning silih berganti. Hatiku berdegup kencang. Takut untuk membuka msg yg baru sampai dari inbox. Takut untuk memikirkan apa-apa. Hanya mampu berdoa.

Dan petang itu, 3 Julai 2011, 5.16p.m pertama kali dia mencariku setelah 6 hari meninggalkanku.Sumpah! air mata aku tahan. Aku tahu aku kuat, Dan saat membuka msgnya itu, aku tak dapat merasakan apa-apa. Aku tak dapat merasakan satu perasaan halus yang selalu aku rasakan sebelumnya, sebelum die pergi. saat itu aku bertanya, adakah hatiku sudah membuangnya jauh-jauh. Mana perasaan itu? Aku sangkakan aku akan menangis, tapi tak. Aku pandang sepi semua msg-msgnya. Aku cuba membuatkan dia faham bahawa dia sesungguhnya telah kehilangan aku....

Dan kini? Allah lebih memahami. 

Hari ini Dia berikan kita hujan, tapi selepas hujan turun yakinlah ada pelangi yang bakal muncul. 

Wahai Sang Pelangi....terima kasih untuk semuanya.

Sunday 3 July 2011

Saat tiba di Pulau Pinang

Saat tiba di Pulau Pinang, hati mula berkocak, jantung berdegup kencang, cuba mewaraskan akal namun hampa..air mata jatuh juga.

..........................................................


Pulau Pinang, ada cerita indah yang pernah ingin aku khabarkan satu masa dulu. Pernah punya satu perancangan untuk menghabiskan masa di tempat itu. Bersama dia yang tersayang. Tapi hari ini, aku masih tiba di sini tapi bukan dengan insan yang berjanji denganku. Aku bersama insan yang sanggup memenuhkan impian aku yang tak kesampaian untuk tiba di situ.


i just miss you. i just hope you were there with me 

Wednesday 29 June 2011

Aku terus jadi fobia

Fobia apa? aku fobia bila dah jadi sorang-sorang. ada benda yang selalu aku buat tapi aku dah tak berani buat. Sebab ape? sebab aku takut aku tak kuat. Dalam waktu-waktu genting ni aku tahu aku perlu elakkan dari hati jadi lemah, otak jadi sarat. aku kene kuat.

1) aku takut buka facebook

aku takut sangat nak buka facebook. Aku takut kalau aku buka, aku akan cuba jugak untuk buka wall die walau die dah block aku. aku takut aku nak jugak tgok wall perempuan tu walau aku taknak tengok. Aku takut kalau tengok apa-apa yang buat aku jadi LEMAH! aku takut ternampak gambar dia. aku takut tertengok gambar diorang. aku takut.

2) aku takut nak buka blog orang lain.

aku takut kalau aku buka blog orang, tangan aku laju menaip blog perempuan tu. aku takut nak tengok isi apa dalam blog tu. aku takut nak baca cerita gembira apa yang dia khabarkan dan laungkan pada semua. aku takut nak tengok cerita kebahagiaan dia dngan orang yang pernah aku syg. aku takut aku mati untuk kali keempat. Kali pertama aku mati bila die buang aku dlm sekelip mata, delete aku dr semua benda yang berkaitan dengan aku. kali kedua aku mati bila aku tau dia rupenya menyambung semula ikatan dengan perempuan tu. kali ketiga aku mati bila aku tengok gambar mereka berdua bersama org yang aku percaya yang aku anggap sahabat yang aku anggap kakak. aku takut aku mati untuk kali keempat. cukuplah aku mati tiga kali, kerana tiga kali aku cuba pulihkan hati aku dengan susah payah, aku pulihkan hati dengan kekuatan yang tak pernah aku ada selama ini.

3) aku takut balik kampung.

ye. aku takut balik kampung. aku takut sebab terlalu banyak kenangan aku dan dia kat kampung. Setiap jalan setiap lorong, setipa simpang ada kenangan aku dan die. hatta di rumah aku sendiri setiap sudut setiap ruang setiap kawasan ada kenangan tersendiri aku dan dia. aku takut aku tak kuat. jadi aku takut untuk balik. aku takut untuk balik ke rumah aku sendiri.

perluke semua ni? aku rasa aku perlu buat semua ni sebab hati aku masih rapuh. saat ini aku rasa aku kuat tapi dalam sekelip mata aku boleh jatuh terduduk. terima kasih kekasih dunia akhirat yang tak kesampaian untuk semuanya.

Saat terakhir sebelum facebook ku diblock



1 utama. Masa ni singgah one utama. Masa ni aku pun tak ingat tengok movie ape dengan dia. Yang aku ingat masa ni pun baru balik dari temankan die pergi temuduga. Temuduga kerja kat Damansara Jaya. Punyelah payah cari tempat ni. Interview yang paling susah dalam hidup dia sebab  kena ada jawab soalan. Haha masa ni aku ingat die send gambar kat aku, pastu aku tolong bagi jawapan. haah merapu je soalan die bagi. Lepastu bateri bb aku habis. Lama aku tunggu, tak lama tu dia datang tersengih-sengih aku ingat sebab ape, rupenya dia cakap dia lari. Interview susah sampai kene tengok plan bagai. Leceh. Haha lepastu boleh dia cakap ada emergency call. kelakar. then berhenti kat station minyak tunggu dia salin baju kat 7 eleven. Lepastu terus chow p OU. Tengok cerita ape tah aku pun tak ingat.

Esoknya pagi-pagi pergi ke Bandar Tasek Kesuma. Kat situ pun asyik nak marah je sebab GPS aku salag. kah3. Nasibla dia cool je cakap salah tempat. Akhirnya jumpa juga tempat tu. Sebuah kilang. Hehe dia terus macam tak berkenan. Last2 dia cakap jomlah p makan. Aku gelak lagi. Buat onar. hehe terus berhenti petronas, sembahyang dan terus bergerak ke Bangi.




Nampak kat astas ni? kitorang pergu Bangi makan nasi ayam. Hehe makan nasi ayam Hainan, sedap sangat.ambik yang set. Lepastu dah habis makan semua kitorang pergi jalan-jalan pusing-pusing sebab tak nak balik awal. Ingatkan nak pergi tengok wayang kat Kuala Selangor tapi dia macam penat so tak jadi pergi.



Hari khamis tu aku temankan dia pergi ke Damansara lagi. Temuduga kerja yang abang dia tolong carikan. Sebelum pergi jumpa dengan abang dia dan terus bergerak ke tempat tu. Mencabar keimanan sebab tak jumpa cari lorong tu. Aku menggigil-gigil sebab lapar. Dia terus tukar drive kereta dan tak lama pastu terus jumpa tempat tu. Lepastu singgah 7eleven dan beli roti tiga bungkus. haha lapar sangat masa tu. 

Masa dia pergi temuduga sempat dia msg, ada 6 orang kot temuduga hari tu. Lama aku tunggu dia dalam kereta sebab aku dah tak larat. Rasa nak pengsan lapar sangat. Tak lama tu die datang bagitau yang dia seorang je ada kelulusan QS untuk apply kerja tu. yang lain guna diploma civil untuk apply QS. MAsa tu aku dah terdetik yang dia boleh dapat kerja tu. singgah petronas sebelum pergi ke OU lagi. Kat Ou tengah renovate so takde tempat makan sangat. KFC pun xde. So, just beli sosej kat GSC masa tu sebelum tengok wayang. aku pun tak ingat cerita ape. 






Hari jumaat memang sure dia dapat kerja tu. Hari ahad aku g hantar die pergi damansara sebab die duduk dengan kawan dia. Aku hantar barang-barang dia dan follow belakang die sebab die naik motor. Malam tu die kata nak pergi keluar sebab bosan. Di pergi Uptown Damansara. Aku message lama die xrply. Lepatu aku tgok die laju update fb dengan kawan-kawan die. aku hantr msg serba ringkas dan start malam tu die macam xmelayan aku sgt. Esok pagi aku tulis kat wall die tu. Gud Luck sebab haritu hari pertama die bekerja. Aku hntr bbm serba ringkas pada die dan aku cakap sampai hati langsung tak reply msg. Dia mcam biasa reply ringkas. Tak macam selalu.



Hari first die upload gambar kat atas ni.Hari tu sepi sebab malam pun dia dah tak msg aku sgt. Die cakap dia busy sebb penat. Hidup aku mula hambar.



gmbr kat atas gambar lepas update lepas satu hari dai tak msg aku. aku rasa apa? sedih. dia rasa apa? seronok. sebab apa? sebab die tak perlu rasa kehilangan. die tak rasa semua tu. die bergembira dengan yang baru.

tengah menaip ni pun jujur aku rasa sakit lagi. aku tak tau kenape aku perlu buat semua ni. tapi aku rasa biarlah aku meluahkan rasa sakit. Andai satu hari blog ni menjadi tatapan dia, biar dia tahu betapa aku mati dengan semua yang dilakukan pada aku. 

Benci? Marah? Aku tak tahu apa aku rasa. Kadang-kadang aku jatuh. Tapi cepat-cepat aku bangun sebab aku masih ada Allah. Biarlah semua kesakitan yang dia berikan Allah yang membalasnya. Dengan kebaikan atau sebaliknya. Aku serahkan pada yang Esa. Cuma aku sentiasa berdoa, dia akan merasa kesakitannya.

Jangan dirindu pada yang  tak sudi. Kelak sakit merantai diri. Jangan mencari pada yang pergi, pasrahkan hati, relakan diri.

Wallahualam.


Sunday 26 June 2011

Selamat Pengantin Baru Fik & Ija

Semalam tengok dekat facebook. Seorang teman bakal melangsungkan pertunangan pada 1 Julai dan bernikah pada 2 Julai. Mereka adalah kenalan aku melalui si dia. Kenalan dia semasa berada di Twintech. 

Walaupun beberapa kali berjumpa tapi sering bertegur sapa di facebook. Seorang yang mudah untuk dibuat kawan. Selalu aku dan die bergurau tentang hal perkahwinan. 

To Ija:

Ija Selamat Pengantin baru Su ucapkan. Selalu kite bergurau sapa yang nak kahwin dulu kan. Sapa kawen dulu die muda kan? hehe rupe-rupenye Ija yang kawen dulu. Memang Ija lagi muda pun dari Sue. Sue tumpang gembira sebab impian Ija untuk melangsungkan perkahwinan tercapai. Sue happy sangat-sangat. Tapi impian Sue tak tercapai pun Ija. Musnah dah semuanya. Jodoh kami tak panjang. Memang Sue masih sayang tapi dia pun dah menjauhkan diri dan cuba nak buang Sue jauh-jauh. Kalau dia datang balik pada Sue pun mungkin Sue dah rasa kosong. Wallahualam. Doa Sue semoga Ija berbahagia dan menjadi isteri solehah untuk Fik. 


kenangan di hari gradusinya. Ija dan Fik di hujung kanan dan kiri. 


Wallahualam

Delete Semua Memory Kau dan Aku

Bila dah clash, semua benda nak kene buang. Semua yang ada kaitan antara kau dan aku. Buang hilangkan padam semuanya. Jangan sampai ada tertinggal walau satu pun. Perluke sampai macam tu.

.......................................

Usai solat di lewat malam, aku terpanggil untuk menilik handphone. Kelip-kelip warna merah aku pandang biasa. Tertarik untuk melihat email yang masuk ke inbox. Ada dua email. Cepat-cepat aku buka. Tersenyum sendiri. Benci? xlah. Marah? xjuga. Kecewa? Tak pulak terasa. Habistu? entah aku dah kosong. Senyum je lah. Cepat-cepat teringat tentang memori semasa masih bersama.

Email aku merupkan secondary emailnya. dia seperti tidak menyukainya namun didiamkan sahaja. dia tak berapa selesa mungkin. Aku tahu pasword emailnya. aku tahu pasword facebooknya. Mula-mula memang dia tak kisah tapi lama-lama makin kisah. Mungkin sebab dia rasa tak  bebas. Lelaki kan? Atau mungkin ada mulut yang membuatkan dia jadi panas? wallahualam. Namun beberapa minggu sebelum berpisah, dia tukar pasword emailnya. Dia tukar pasword facebooknya. sebab apa? Sebab aku selalu tengok ada notification ada seseorang yang masuk facebooknya melalui snaptu. aku luahkan rasa tak puas hati dan aku terkejut sebab dia anggap selama ni aku yang buka facebooknya. padahal aku rasa aku tahu dia sebenarnya tahu perempuan itu yang membukanya. malas nak memanjangkan cerita.

malam tadi email pertama memberi notis satu lagi email ditambah ke dalam secondary email. iaitu ar**az***@yahoo.com. aku tersenyum. Email kedua merupakan email yang menyatakan emailku telah didelete aku tersenyum meleret. tak apa padam semuanya ye. aku bukan lagi sesiapa. sekarang mungkin perempuan itu yang menjadi PA kau. Meneliti semua email-email. Meneliti semua message dalam facebook. Mungkin semuanya dalam tangan dia. Tempat yang pernah aku duduk dulu. Tapi aku PA yang tak kau senangi. Tapi mungkin sekrang kau dengan rela hati menyuruhnya menguruskan semuanya.terasakah aku? tak. 

Semalam aku merasa sedikit kecewa lagi. adik bagitau yang sebenarnya kau bukan sahaj delete aku dari friendlist, tapi block. aku suruh adik buka wallnya melalui facebooknya, namun aku sedikit terkilan kerana adik aku pun menjadi mangsa kebencian kau, kau block dia juga. Aku cepat-cepat beristighfar. Ikut hati aku sudah capai handphone dan hantar message meluahkan rasa hati. Namun aku cepat-cepat sedar. aku mungkin bermasalah dengannya. Tapi bukan dengan keluarganya. dia bermasalah dengan aku, tapi kenapa perlu memutuskan silaturrahim sesama insan dengan ahli keluargaku. apa yang keluargaku telah lakukan kepadanya?? aku takkan buat kerja macam orang tak ada hati. 

Aku dan keluarganya dah saling mengenali. Aku dah sayang mereka seperti ahli keluargaku sendiri. Aku menyayangi mereka sepenuh hati. Malah keluargaku tidak ada masalah bila aku bersama dengan keluarganya. Restu orang kata. Dan aku rasa walau bermasalah aku dengan die, aku takkan dengan senang memutuskan silaturrahim yang telah terbina. Malah daripada ahli keluarganya aku mendapat kekuatan untuk meneruskan kehidupan. dari ahli keluarganya aku diberi semangat untuk terus berjuang melawan semua kesedihan. Perluke aku memutuskan silaturrahim tersebut.

walau aku tidak bersamanya kini, aku bersyukur aku tidak hilang kasih-sayang dari ahli keluarganya. walau tidak ada ikatan darah, walau aku bukan sesiapa pada mereka, namun mereka langsung tidak membuang aku. aku bersyukur. 

teringat dengan kata-kata abangnya dan kakak iparnya. Nanti kalau adik pergi UK, ikutla sekali sambung belajar buat master kat sana. terharu dengan kesediaan mereka menerima aku. malah abangnya juga memberi cadangan supaya kami ditunangkan sebelum dia berangkat ke sana. Namun semua itu cuma tinggal kenangan. Memori itu tidak akan aku kenang, tidak akan aku buang. Aku akan simpan rapat-rapat memori itu. 

'Kerana memori itu sangat manis untuk dibuang dan terlalu pahit untuk dikenang'

tinggal kenangan



wallahualam.

Ini Kisah Untuk Kenangan Aku

Aku menulis kat sini sebab aku nak menulis. Aku nak meluahkan isi hati aku. Aku tak ada sape-sape yang sanggup nak dengar cerita aku 24/7. aku menulis bukan bertujuan untuk mengaibkan. Ini kisah hati aku. Ini luahan hati aku. Harap mengerti. Harap sangat semua mengerti.

Lagipun blog ni hanya blog picisan. Kalau ada yang singgah pun mungkin sebab tersinggah. Tak ada rasanya orang yng memang sengaja datang nak baca semua ni. Kenapa tak sambung menulis di buku? entahlah aku lebih senang cara begini. Sekurang-kurangnya mereka yang tersinggah kat sini mungkin ada yang sudi pinjamkan kekuatan melalui tulisan. mungkin itu sedikit kekuatan untuk aku. =)

Ini kisah hati aku. Aku meluahkan rasa pada halaman ini memandangkan blog ini saja yang sanggup untuk diconteng oleh aku.  

Wallahualam

Saturday 25 June 2011

Message yang aku pandang sepi

8.40 malam
Sakit perut yang mencucuk yang bukan sama seperti biasa buat aku baring meringkuk tanpa boleh menelentang, duduk menunduk tanpa boleh duduk tegak, berdiri membongkok tanpa boleh berjalan seperti biasa. Sakit yang datang menyerang dengan tiba-tiba. Hati suruh kuat. Biasalah dalam keadaan mental yang tak berapa kuat, hati cepat tersentuh, fizikal mula goyah. Aku gagahkan tarik adik pergi ke klinik. Abah kerja, mama menjaga opah yang sakit di Perak. Aku kuatkan diri memandu ke klinik.


10.00 malam
Perut masih sakit. Ubat aku telan. setengah jam pastu makan nasik beberapa suap.alas perut. Hati jadi sayu. Otak cepat-cepat sedar. Sudah-sudahlah, tak ada apa yang perlu diharapkan lagi. Dulu sakit ada yang teman dari jauh, ada yang masih nak mengambil berat, ada yang tak putus menyuruh berehat. Sekarang sakit hanya sendiri. ambil berat untuk diri sendiri. bercakap pada diri sendiri untuk terus berehat. Cukuplah ada diri sendiri yang masih waras akalnya.


12.01 malam
Saat hati mula baik, saat hati telah tenang. Bb kat sebelah mula bergegar. selalunya aku tak rasa apa pun sebab lampu merah yang menyala. Tapi sekrang lampu hijau, kuning, biru dan merah berganti-ganti. Hati mula bergetar. aku serasa tahu apa yang empunya inginkan.


Sok nak gmbr ye,dlm kete


Msg itu aku pandang sepi. berselang 11 minit, muncul lagi satu msg. 


leh x?


Aku seperti dapat kekuatan, msg tu aku pandang sepi. Biarlah. Aku tak perlu untuk membalasnya. Kalau dulu, mungkin aku akan segera membalasnya "ok" walaupun pada ketika itu aku jauh darinya. Aku mungkin akan sanggup untuk memandu dari KL ke kampung walau untuk gambar-gambar itu. aku mungkin sanggup memandu walau aku ketika itu sakit, aku pasti akan penuhi apa saja yang diinginkannya. apa sahaja. Tapi itu dulu. Semasa dia adalah hidupku.


Aku bukan aku yang dulu. Untuk apa aku bertemu dengannya sedangkan aku tahu, pasti takkan ada senyuman pada bibirnya. untuk apa aku bertemu dengannya sedangkan aku pasti lirik matanya pasti xkan mencari mataku. untuk aku bertemu dengannya sedangkan aku tahu, huluran tanganku takkan disambut mesra. untuk apa aku bertemu dengannya sedangkan aku pasti hati aku yang akan terluka. aku takkan melukai hati aku lagi. aku tak sanggup untuk melukakan hatiku lagi. luka yang berdarah takkan aku tambah dalam lukanya.


Kepada MF, 
saya tahu awak pasti sakit hati. mungkin awak akan menyumpah-nyumpah saya. tapi saya harap awak faham, ketika saya masih bersama awak, awaklah segalanya dalam hidup saya. saya akan sanggup melakukan apa sahaja demi awak walaupon ia kesalahan. itu kerana cinta saya dan kasih sayang saya. Tapi setelah saya lihat awak dengan sekelip mata membuang saya dari setiap inci hidup awak, sedarlah awak takkan menjadi keutamaan saya lagi. awak telah kehilangan apa yang awak pernah dapat dari saya. awak telah hilang SAYA.

Wallahualam

Tak Pernah Rasa Penatke?

Persoalan untuk diri aku sendiri. soalan yang aku fikir selepas semua ni berlaku. Tak pernah rasa penatke? aku jawab.

tak ada istilah rasa penat untuk orang yang aku cintai.

setiap minggu selama dia berkerja aku akan sabar menunggu hari sabtu, sebab hari sabtu hari terakhir die bekerja. cuti cuma sehari. jadi, petang sabtu aku pasti bersiap untuk menjemput dia seterusnya pulang ke kampung. aku tak rasa penatke? tak rasa pun sebab aku seronok buat semua tu.

bila dia tak bekerja, dia tumpukan untuk sambung belajar kat UK. Susah payah waktu aku ingat lagi. Dari awal mengisi borang, berurusan dengan pihak universiti, aku lalui bersama dia. Kehulu kehilir menguruskan hal di Twintech, semuanya aku buat dengan senang hati. tak rasa penatke? tak pernah sebab aku selalu nak usahakan yang terbaik untuk dia. aku tak kisah nak menaip surat on the spot, aku tak kisah jadi kerani tak berbayar pun.

bila dia dah tak kerja, aku runsing aku risau sebab dia sellu cakap die boring duduk rumah. aku search jobstreet, aku google kerja-kerja kosong. aku tak kisahla buat semua tu. aku cuma risau bila dia boring. aku tak suka dia cakap die boring. sebab tu walaupun aku menghadapi hari-hari peperiksaan yang septutnya aku tumpukan di bilik belajar menelaah buku, aku korbankan. aku balik ke kampung, aku cuba buat sehabis baik aku untuk memenuhi apa yang dia nak.tak pernah rasa penatke hidup macam tu? tak pernah. sebab aku tau, bila aku dekat dengan dia, aku rasa tenteram, aku rasa selamat.

bila dia terpksa pergi temuduga kerja, di saat aku masih lagi perlu menghabiskan kelas-kelas berbaki di maktab, aku relakan dengan hati sendiri dia gunakan kereta. asalkan aku tau, die pergi temuduga kerja dengan selamat, dengan gembira. tapi dia tak tau macam mana aku terpaksa pergi ke kelas berjalan kaki. Naik bukit turun bukit yang bukan sikit jauhnya. dia tak tau macam mana aku balik dari kuliah termengah-mengah smentara kawan yang lain dah nyenyak tidur waktu tengahari? die tak tau macam mana aku menhan sakit lenguh kaki yg terseliuh masa turun bukit dengan kasut tumit tinggi 2 inci. die tak pernah tau sbab aku tak nak die fikir aku susah.aku takkan bagitau susahnya aku sebab dia. tak pernh rasa penatke? tak pernah sebab   aku rasa aku bertanggungjawab memenuhi semua tu.

aku dan dia mmg tak pernah lekang dengan msg. hampir setiap waktu kami bbm, msg. aku tak kisah pun sebab itu yang dia ajar aku sejak dari awal aku dan dia. sampai semua org rasa rimas, tapi aku diamkan. nenek, atuk bising sebab hp 24jam kat tangan, aku diamkan, die tak tau aku kene marah. tapi bila satu masa die tegur aku sebab aku merajuk die xmsg, die suruh aku kurgkan msg, sebb org pun dah tegur asyik msg je, die tau ape aku rasa? aku sedih, tapi aku diamkan, aku tak pernah cakap dengan die, "b, nenek marah kite asyik msg je", "b, atuk marah sebb asyik pgg hp je", "b, mama suruh kurg2kn msg, xelok". die xpernah dengar semua tu dari aku. tak pernah rasa penat ke selalu jga hati die? tak, sebab seboleh mungkin aku akan jaga hatinya.

dan bila aku berdalih dengan satu perkara yang sangat penting dalam hidup aku, bila die minta kebenaran aku nyatakan, aku tetap tidak pernah mengaku. kerana perkara itu melibatkan orang ketiga. bila aku salah percaturan, aku terpaksa teruskan, tapi semua itu aku buat sebab aku takut kehilangan dia., dan bila perkara sebenar diketahui, degan rasa ikhlas dia memaafkan aku. dan dengan rasa rendah diri die katakan padaku, "b terima ma, sebab b tau b bukan baik sangat. b tetap dengan ma, sebab b sygkan ma. tak payah nak putus-putus sebab insyaallah lagi 2 tahun kita kahwin". aku menarik nafas lega sebab dia faham aku.

dan satu-satunya masalah yang selalu aku berikan padanya bila melibatkan "dia", orang ketiga. aku tak pernah rasa senang hati. aku selalu rasa dia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan kekasih hati aku. dan dia lah yang selalu menjadi punca pergaduhan kami. bila dia kata aku tak percaya pada dia lagi, aku sedih, sebab aku rasa die xmemberi sokongan untuk buat aku yakin dia setia dengan aku. itulah kesalahan aku yang paling besar. dan besar sangat kesilapan tu sampaikan dengan tega die betul-betul berpaling hati.

berbaloike apa yang aku buat dengan apa yang aku dapat? engkau pergi dari hidup aku setelah kau pasti kau xperlukan aku. kau nekad membuang aku dalam sekelip mata setelah kau pasti aku tiada gunanya. kau pijak aku setelah puas aku kau guna. 

semua yang terjadi takdir Allah. Aku hanya manusia yang mendambakan yang terbaik untuk orang yang cintai dan sayangi. Dan saat bila aku ditakdirkan jatuh ini,baru aku sedar sesungguhnya Allah mengingatkan aku,

Jangan kita terlalui mencintai seseorang sedangkan kita sendiri tak pasti hasil yang akan kita perolehi. Jangan terlalu mencintai seseorang sehingga sanggup berkorban segalanya. Dan jangan mencintai seseorang melebihi cinta pada yang Esa. 

Wallahualam.

Friday 24 June 2011

Kenangan Semenjak di Zaman Sekolah

sebenarnya aku memang minat menulis. sangat suka. Aku jugak ada diari peribadi. Alah sekadar buku log biasa, balut cantik-cantik pun dah boleh jadi diari aku masa tu. Aku sebenarnya ada satu kenangan indah dengan diari sebab semua cerita aku dengan dia aku tulis dalam tu, semenjak aku sekolah! ye, dan dia tak pernah tahu pasal tu. Insyaallah ada masa nanti aku akan tulis semua isi diari tu kat sini.

Aku pun tak tahu perluke aku buat semua tu, tapi tu kenangan aku. biarlah aku coretkan semua kenangan aku kat sini. sebab aku pasti takkan pernah hilang. sebab aku nak dia tahu betapa aku menyayangi dia satu masa dulu. aku tak boleh nak tulis sekarang sebab diari tu ada kat kampung. aku terpaksa batalkan niat untuk balik kampung sebab aku tak kuat nak melalui jalan-jalan, lorong-lorong, kampung-kampung yang aku akan tempuh dalam perjalanan ke kampung. hatta nak masuk ke rumah aku sendiri pun aku tak kuat. sebab terlalu banyak kenangan kat rumah tu.

sebelum aku betul-betul kuat, biarlah aku kat sini, bersama adik-adik, abah dan mama. biarlah aku kat sini mencari kekuatan, meminjam kekuatan mereka yang berada di sekeliling aku. aku pohon pada Allah, pinjamkan aku kekuatanMu. Aminn.

Kepercayaan Hilang

Semalam hati masih lembut. Tapi aku tersentak bila dapat tau sebenarnya die kembali pada perempuan itu. Hati aku terus panas. Rasa terbakar. Air mata yang menitis aku sumpah-sumpah. Aku tak redha dengan stiap air mata yang aku titiskan untuknya. Aku xizinkan air mata keluar, aku tahan sedaya mungkin. aku maki diri sendiri tahan kesedihan yang tak ada gunanya.

Hilang sudah kepercayaan pada insan bernama lelaki. Saat itu aku sedar, semua yang berlaku bukan pengakhiran hidupku. Tapi ia permulaan. Permulaan hidup yang akan aku cipta bahagia dengan senyuman setiap saatnya. Permulaan hidup untuk aku bangun berbakti pada abah dan mama yang sering aku abaikan. Permulaan hidup membalas jasa atuk dan nenek yang tak mungkin terbalas. Permulaan hidup untuk aku bersama adik-adik yang sedang membesar mengharapkan kasih-sayang aku. Ye, saat itu aku sedar, inilah permulaan hidup aku.

Dan pagi ini aku bangun menadah tangan pada illahi. Memohon dipinjamkan kekuatan hati dan emosi. Memohon dipinjamkan sedikit nikmat kesihatan supaya aku lebih bersedia menghadapi permulaan hidup baru ini. aku bangun dengan azam melaksanakan impian yang pasti aku capai walau apa pun caranya. Dan pagi ini, aku disambut gembira oleh adik-adik. Hari ni pasti hari yang gembira untuk aku dan adik-adik.

Soal hati dan perasaan biarlah masa berlalu. Walaupun kesakitan yang diberikan padaku, namun aku tak boleh lupa, aku pernah senang bersamanya, aku pernah bahagia bersamanya, aku pernah ketawa bersamanya, aku pernah melalui suka dan duka bersamanya, dan aku sangat bahagia. aku yakin aku takkan ralat walau aku tak memilikinya kerana psti jodohku lebih baik telah Allah tentukan untukku. Semua yang berlaku, keskitan yang aku lalui kerananya, hanya Allah yang akan membalasnya. aku yakin janji Allah. 

Dan bermula saat ini. aku adalah aku yang baru. Aku percaya kau pasti menyesal melepaskan aku. Bermula saat ini, aku takkan mencintai insan bernama lelaki melainkan itu adalah jodoh yang Allah tentukan untukku. 

"Berkahwinlah dengan orang yang mencintaimu, bukan dengan orang yang kau cinta. kerana orang yang kau cinta pasti akan meninggalkanmu untuk orang yang dicintainya"


dan selama ini aku silap kerana aku berkasih dengan orang yang aku cintai sepenuh hati, bukan orang yang mencintaiku sepenuh hati.

I'm Officially Single

aku ingat lagi detik-detik waktu aku dengan dia. Aku pergi search jobstreet untuk die, updatekan resume. Salin no fon untuk dia call. Aku pergi teman die pergi interview kerja. Ingat jugak tiba-tiba dia wat hal kat damansara jaya tiba-tiba tarik diri interview kerja sebab interview tu susah sangat. hehe lepastu berjangkit kat taman tasek kesuma, elok2 dah sampai tengok kilang, terus xjadi nak interview, last2 makan dekat nasi ayam seksyen 7 Bangi. haha. Sampailah yang terakhir interview dekat Damansara jugak dan alhamdulillah melekat jodoh dia dengan kerja tu.

Aku ingat lagi macam mana detik waktu aku dengan dia. Aku pergi hantar die ke damansara sebab die duduk dengan kawan die. kali terakhir aku bersama die, minum air teh ais dekat restoran al-Safa. aku pakai baju kurung coklat, die pakai t-shirt. die minum teh o ais. kali terakhir aku jumpa die, aku hantar die sampai rumah kawan die. itulah kali terakhir saat aku bersama dia.

Aku ingat lagi macam mana aku sedih sebab hari pertama kerja dia dah macam tak ingat aku. Die busy dia penat. Aku ingat lagi aku sedih. Aku duduk dekat beranda aku amik handphone aku tengok semua gambar-gambar die. Aku duduk tengok bintang  sambil fikir apa die tengah buat. Aku duduk tengok langit sambil bayangkan muka dia, susuk tubuh dia.

aku ingat lagi hari kedua die kerja, sampai malam aku tunggu die msg. Bila aku msg die mms gambar yang die kene buat kerja dekat rumah. die xde laptop kene pinjam laptop kawan dia. Aku sedih lagi, tapi aku tahan, aku tunggu die msg aku. sampai malam. sampai aku tertidur. die msg aku bagitahu die dah siap buat kerja. tu pon lepas aku tidur.

aku ingat lagi hari ketiga dia kerja. die msg aku ala kadar je. Aku kecik hati. Aku sedih. Aku dah rasa dia lain. Aku cakap dia dah lain. Aku sedih. Aku sedih sangat. Aku biarkan msg dia, dan die langsung xmsg2 aku lagi dah.

aku ingat lagi hari keempat die kerja. die langsung xmsg aku. siang sampai malam dia membisu. aku ingat lagi aku duduk depan handphone. aku tggu lampu handphone berkelip. tiap kali lampu handphone menyala aku berkejar capai handphone, tapi cume email yang entah ape-ape. bukan die. aku tahan air mata. aku tidur dalam sendu.

aku ingat lagi hari kelima die berkerja. die msg bgtau die demam. sakit tekak. tapi aku xreply sebab aku kecik hati lagi. petag die msg tanya gambar, aku reply msg die. aku tanya knapa dia xmsg aku semalam. aku tanya semua. tiba-tiba hati aku sayu bila die cakap dia akan balik esok dengan anak sedaranya. salah aku sebab aku xreply msg die. salah aku ke? die xpaham aku. jadi untuk apa aku tunggu sampai hari sabtu untuk balik sama-sama dengan die? aku ckap dengan die, aku kecik hati. aku rasa dia dah tawar hati dengan aku. aku mintak die lepaskan aku kalau die xnk aku. aku dah menangis. dan die betul2 lepaskan aku....die lpaskan aku. aku? badan aku longlai. hp terus jatuh tercampak. mujur ada kawan aku, mira yang tahan aku dari jatuh terjelepuk.

aku ingat lagi, aku tanyadie ade yang baruke? sebab aku rasa die bukan seorang yang senang melepaskan melainkan hati die kuat ade yang lain, tapi die kata xada. tak ape. mungkin betul. aku ingat lagi aku terus tukar status single. tapi aku lagi xsangka sebab die terus delete aku dari friendlist fb. aku tergamam! aku rasa hitam sekejap dunia aku. sampai macam tu sekali die benci aku ke? saat tu aku rasa cinta die dah tak ada untuk aku. untuk apa aku terus bersabar. jatuh jugak air mata setitis demi setitis. hubungan yang dah bertahun-tahun akhirnya putus jua. hilangke semua cinta?hilangke semua sayang? hilangke semua rasa untuk aku? sekelip mata? sayu aku.

dan saat ini. hari keenam die bekerja, aku dan dia tinggal kenangan. semuanya sudah terkubur. aku? masih ragu-ragu. saat ini aku benar-benar jatuh tersungkur. mampu mengangkat kepala dengan adanya semangat dari kakak-kakaknye. esok aku akan cuba duduk, walaupun aku tau duduk aku pasti bongkok.

mohd fazli, andai saya tak dapat memiliki awak, izinkan untuk memori kita terus menjadi peneman tidur malam saya. izinkan memori kita menjadi kekuatan mengukir senyum hari-hari saya. walaupun pahit, awak tetap yang pertama dalam hidup saya. terima kasih. untuk segalanya.

Tuesday 21 June 2011

Day 1

Aku hantar bf seperti yang kami rancangkan. Dia baru je dapat kerja kat Damansara Perdana, as QS. So disebabakan tu bf duduk dengan kawan lama masa kat universiti dulu. nasib ada kawan lagi yang masih sporting. Sebenarnya aku risau kalau dia kerja, masa dia dah xbanyak untuk aku. huhu memang macam mengada-ngada tapi kitorang memang hampir all da time bbm. 

Lepas hantar bf, aku terus drive balik maktab. Terus message dan bagitau yang aku dah sampai and tanya lebih kurang suasana kat sana. Dan malam tu jugak, aku terus rasa cam tersisih. haih. tapi aku faham kot dia lelaki, mestila dia akan spend time dengan kawan-kawan dia kan -__-. Malam tu die terus pergi keluar uptown dengan kawan-kawan. Aku message pon die tak reply. huhu kesiaannn aku. Aku message ala kadar terus naik katil tidur.

Hari pertama bf kerja dia sangat comel sebab langsung tak message. Sedangkan pagi tu pun aku yang message dia dulu. sedihh. Satu hari aku pegang bb dengan harapan ada bbm masuk tapi hampa.huhuhuk. sabar dan terus bersabar lagi. Sampai petang pukul 7 barulah bf message. bagitahu die sangat penat. lepas sembahyang die message ala kadar. penat lagi. aku suruh dia rehat dengan harapan dia akan terus bbm dengan aku. tapi dia macam malas. aku malas nak gaduh2 and terus gud nite. tapi kalah jugak sbab aku hntr msg cakap aku boring kalau tiap hari dia macam ni.

pagi tadi dia bbm, tu pun kejap-kejap. so lepas ni bermulalah hari aku untuk bersedia mental dan fizikal. aku cuma harap yang dia akan menjaga hubungan yang selama ini kami bina. ingat baik buruk hukum halal dan haram. 

to my lovely bf:

gud lak wif ur working life and i love you so much dear.

Monday 6 June 2011

About Me

Just call me Miss Sue. Sue nama timangan ala manja-manja since sekolah menengah. Berumur 23 untuk tahun ini dan semestinya dilahirkan pada tahun 1988. 

Dilahirkan di Cape Coral Town atau nama inggerisnya Tanjong Karang. Membesar dan dibesarkan di situ dan tak pernah berjauhan dari family walaupun sehingga menyambung pelajaran ke pringkat degree. 

Seorang bakal guru yang sedang menuntut di sebuuah Institut Pendidikan Guru di Selangor. Bakal guru yang mengambil major matematik dan minor pendidikan jasmani dan english. Bakal bergelar guru pada awal tahun hadapan, InsyaAllah. 

Berharap semoga perjalanan hidup semakin mudah, dapat membanggakan keluarga tercinta dan bahagia bersama orang-orang tersayang. 

The Beginning

This is the new beginning. This site will be the place for me to pour my heart. Bismillahirrahmanirrahim.
 
Diedit dengan rasa kasih sayang oleh SuhanaIsmail 2011