Monday 18 July 2011

Itu Falsafah Cinta

Walau berjuta kesalahan awak pada saya, saya tak kan jadikan semua itu alasan untuk saya tinggalkan awak, tapi saya akan cuba cari walau satu kebaikan yang awak ada untuk saya pertahankan awak dari awak tinggalkan saya.

bukan bermakna terlalu banyak kesalahan die, bukan bermakna terlalu jahat die, bukan bermakna terlalu buruknya dia. Namun dia sebenarnya terlalu baik untuk aku. Aku cuma rasa bersyukur kerana dia masih bersamaku. Yang aku harapkan adalah kejujuran, kesetiaan.tak banyak yang aku minta.

Perhubungan yang kembali bertaut terlalu banyak cabarannya. Aku manusia biasa, bila dikejutkan dengan sesuatu yang tak dijangka, aku sendiri cepat melatah. terus aku seperti jatuh,hilang semuanya. Aku rasakan seperti aku tidak layak untuknya. Aku terlalu jahat untuknya.

Aku tahu banyak yang perlu aku perbaiki. Banyak yang perlu aku ubah dalam hidup. Aku perlu sedar, aku masih bukan sesiapa lagi untuknya.Aku perlu belajar untuk menerima. Namun, aku masih malu. Malu dengan semua yang pernah berlaku. Memang pahit untuk aku telan,namun aku perlu menerima. Pandangan orang kepada diri aku biarlah masa yang menentukan. kerana aku tiadahak untuk mengubahnya.

Kepada insan yang aku cinta:

b, ma tau ma tak sempurna. banyak kesalahan ma pada b. tapi ma nak berubah. ma nak cuba berubah. yang ma harapkan cuma b, bantulah ma... 

No comments:

 
Diedit dengan rasa kasih sayang oleh SuhanaIsmail 2011