Oleh sebab kecewa yang teramat, lari membawa diri ke Kedah dan Penang bersama rakan-rakan. Sebelum pergi aku cuma mampu berharapa agar sepanjang 3 hari percutian tu aku akan lebih tenang, lebih gembira. membawa sinar baru dalam hidup.
Tapi aku silap,saat tiba di Pulau Pinang, hati berdegup laju. Tak mampu aku menahan sakitnya. Air mata jatuh juga. Terkenang saat-saat berjanji untuk menghabiskan masa bersama di situ. Hari sabtu petang, Queensbay menjadi destinasi pertama di Pulau Pinang. Seronok? Hanya mampu memaksa diri. Sengaja sanggup berpusing di dalam mall tu semata-mata tak nak buat aku berfikir tentangnya. Sakit kan?
Malam tu sampai kat rumah dalam pukul 1030, makan mee kari yang super sedap dan terus bersiap-siap. Kolam air panas Ulu Legong adalah destinasi seterusnya. Bergerak dari rumah pukul 1215 malam, perjalanan satu jam sangat mementkan lebih-lebih lagi masih belum dapat berehat secukupnya. Sampai di sana dalam pukul 130 dan suasana yang sangat meriah. Kolam air panas sangat best dan aku suka sangat sebab dapat buat aku lupa masalh aku. satu jam setengah sangat berbaloi. tiba di rumah pukul 4 pagi dan terus tidur. Selesa.
Esok pagi selepas bersarapan, terus bersiap untuk destinasi yang paling aku tunggu-tunggu. Gunung Jerai! Perjalanan naik yang sangat mencabar, lebih mencabar dari Cameron Highland. Suasanan yang sanagt sejuk. Dan paling mengujakan, inilah pertama kali aku melihat pemandangan yang sangat hebat. sangat cantik. Tak dapat aku gambarkan. Mengambil peluang bergambar kenangan dan menikmati suasana kat situ hampir 2 jam.
pemandangan dr puncak gunung jerai
regency hotel. tempat honeymoon =)
=)
Selesai semua tu, kami turun ke bawah dan bergerak menuju ke butterworth. Membeli buah tangan yang wajib = jeruk! Sampai kat sana, solat dulu sebelum cari tempat makan sebab perut sangat superr laparr gila. Sebenarnya, sepanjang perjalanan tu aku masih terfikirkan dia. menunggu msg yang aku rasakan tak kan pernah sampai dalam inbox aku.
Namun, Allah mendengar doa tangisku siang dan malam...Mendengar rintihan hatiku...hatiku berdegup kencang kerana saat menunggu makanan sampai, lampu bb berkelip merah, biru, kuning silih berganti. Hatiku berdegup kencang. Takut untuk membuka msg yg baru sampai dari inbox. Takut untuk memikirkan apa-apa. Hanya mampu berdoa.
Dan petang itu, 3 Julai 2011, 5.16p.m pertama kali dia mencariku setelah 6 hari meninggalkanku.Sumpah! air mata aku tahan. Aku tahu aku kuat, Dan saat membuka msgnya itu, aku tak dapat merasakan apa-apa. Aku tak dapat merasakan satu perasaan halus yang selalu aku rasakan sebelumnya, sebelum die pergi. saat itu aku bertanya, adakah hatiku sudah membuangnya jauh-jauh. Mana perasaan itu? Aku sangkakan aku akan menangis, tapi tak. Aku pandang sepi semua msg-msgnya. Aku cuba membuatkan dia faham bahawa dia sesungguhnya telah kehilangan aku....
Dan kini? Allah lebih memahami.
Hari ini Dia berikan kita hujan, tapi selepas hujan turun yakinlah ada pelangi yang bakal muncul.
Wahai Sang Pelangi....terima kasih untuk semuanya.
No comments:
Post a Comment