Friday 9 September 2011

Tak Sabar

*berjumpa lagi kita*




*masih comot lagi*

Thursday 8 September 2011

Wednesday 7 September 2011

Minat baru ialah mendoodle!!

Salam Satu Malaysia!

lame sungguh blok ni bersawang. Semalam masa jalan-jalan kat blog orang, terjumpa lah satu link ni. Gatal tangan terus tekan link and taarrraaaa!! jumpe blog cik dil!. Haha terus geledah-geledah die punye blog habis semua post pasal doodle aku gagau sampai lelah tangan sampai lectrer membebel kat depan aku tak pandang! huh ok sekarang memang serius penat.

grr i jeles la kat die sebab die wat doodle cantik, tangan berseni gitu. dan dengan pantasnya telah menggeledah kot-kot ada tutorial wat doodle and tara!!!! memang ada! and die maksudnye memanglah tak kedekut ilmu. i lappp u lah!! *tetibe*

then dengan rakusnya telah belajar mendoodle dengan tutorial tu. and tarraaaaa!!!!





*ala malu la nak tunjuk*







ok2.




oh tidakkk!! frust gikle sebab sangat tak comel!!! mata memangla cantik sebab amek cik dil punye!! grrrrr.. oh takpe...cubaan kedua seterusnya...



olololo suweeetnye...hahaha masa ni rasa cam dah comel sangat dah ni.awwuuuu!! hihi tapi ini sangat tembam. malunye..hihi takpe-takpe kita usaha lagi ye ;D



ahlan wasahlan ya ustazah!! adododod. nomei nomei! hik2 tapi muka masih xleh lari dari sifu punye muka. maafkan saya :( nanti saya belajar lagi ye....



huwa huwa huwa saya sukelah.kawan suruh wat pakai speck utuk die sebab die speckie...comotla speck tu.hihi gedabaknye...tapi skirt sy xjd...hihihi cane nak wat?

ok fine.yang ni memang sangat xcantik!! sebab saya xreti wat laki!! tensionnye. cane nak wat rambut?? cane nak wat mata? seme comots....hih!


err? buruk kan? maafkan saya,saya masih naif, huhuhu takpe. lepasni lukis banyak-banyak lagi sampai diri sendiri muntah. tapi saya tak tau cam mana nak masukkan corak bunga-bunga ke polka dot ke kat baju. saya cuba-cuba terus xjadi -______-.



*nampaksangatmemangtakretigunephotoshop*
okbai!!

Wednesday 20 July 2011

Wordless Wednesday


* apa itu wordless wednesday? *

ia adalah hari tanpa perlu menulis apa-apa,
kerana dengan gambar ia telah menggambarkan semuanya :p

.alhamdulillah bahagia.

Tuesday 19 July 2011

You! Yes You!


you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you.


sejak dari mula, memang b sorang yang dapat ceriakan hari ma. setiap detik setiap saat kita bersama memang akan jadi saat yang membahagiakan. tak kan ada istilah letih, penat, malas kalau untuk b. memang ma tak ppernah lupa b walau sesaat. sebab tu kadang-kadang ma boleh jadi orang yang sangat overprotect b. sampai selalu b jadi rimas sebab ma selalu macam mengongkong -__-

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine.

ma takkan dapat lupekan semua kenangan-kenangan kita. mungkin untuk b semua tu biasa-biasa saja, tapi bagi ma, walau sesaat kita bersama pun dah jadi yang terindah untuk ma. b je yang mampu wat ma tersengih sorang-sorang macam kerang busuk, meracau macam orang gila, meroyan macam orang xde akal, ketawa sampai sakit perut. b memang selalu jadi sebahagian dari ma. sebab tu kalau b tak ada, ma langsung tak boleh nak wat ape. even kalau boleh, satu hari tu bia ma tido sebab ma tak tahan sorang-sorang. masa b pergi..setiap kenangan ma ingat, ma akan menyesal..kenapa hubungan kita berakhir macam tu. kenapa kita tak boleh teruskan?

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here.


masa tu, ma teringat macam mana kita ditemukan balik lepas hampir setahun tak jumpa. macam mana pertama kali kita jumpa kat kedai kat Taman Murni tu. -__-. malu selekeh betul ma masa tu. sekarang pon comot lagi. masa tu masing-masing diam tak de cakap suka sama sendiri. diam-diam sayang.how sweet. banyak rintangan kita, sampai satu masa, berakhir macam tu semua yang kita bina.

i know it's me who say good bye
and that the hardes
t thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you.


ma tau, memang ma yang mintak b lepaskan ma. sebab seminggu tu b memang berubah. ma tak tau masa tu mana silap ma. ma cuma rasa b makin jauh. ma dapat rasa hati b dah tawar pada ma. ma tau memang tu  cara b nak jauhkan diri dari ma. tapi seminggu ma bertahan. ma cuba pikir b sibuk dengan kerja baru. ma susah nak mintak b lepaskan ma, tp bila b betul2 lepaskan ma, ma jatuh terduduk. sebab ma sayang b, ma sayang hubungan kita.

for all the things i've done and said
for all the hurt i've caused of you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do. 

bila b datang pada ma, dan ma dah tau kesilapan ma, ma jadi malu. ma malu sangat. tapi demi b, biarlah ma lalui jugak. semua kesilapan ma, ma mintak maaf. ma tak ada niat nak mengongkong b. bukan niat ma untuk jadi terlalu taksub dengan b. bukan rancangan ma untuk kawal hidup b. bukan   dari hati ma ak wat b jadi rimas dengan ma. semua benda tu terjadi sebab ma takut kehilangan b. sebab tu ma jadi nak tau apa yang b buat. ma selalu curiga dengan b. ma rasa b ambil mudah dengan semua ni, sedangkan ma macam berusaha sorang-sorang. sakit rupanya semua tu. sampai b pun ak tahan dengan ma. tapi ma masih tak pasti, b pergi dari ma sebab tak tahn dengan ma ataupun hati jatuh pada orang lain -__-



kepada MF,
ma tau ma bukan yang terbaik untuk b. ma cuma seorang perempuan yang mengharapkan cinta sejati. ma cuma mengharapkan kejujuran b. hubungan yang bersambung kembali ma harapkan lebih baik dari sebelum ni. ma na berubah jadi yang lebih baik dan ma cuma harapkan sokongan b. b tau ape yang b aptut buat, dan ma tau apa yang ma perlu buat. hilang kejujuran b,hilang kesetiaan b,  hilanglah kepercayaan ma. hilang kepercayaan ma, hilanglah hubungan kita b. macam tu juga dengan ma, hilang kejujuran ma, hilang kesetiaan ma, hilanglah kepercayaan b pada ma, masa tu hilanglah hubungan kita b. sebab kepercayaan kita dah hilang. semoga b dapat bantu ma menjadi yang lebih baik.



.SAYA.SAYANG.CINTA.AWAK.



Monday 18 July 2011

Itu Falsafah Cinta

Walau berjuta kesalahan awak pada saya, saya tak kan jadikan semua itu alasan untuk saya tinggalkan awak, tapi saya akan cuba cari walau satu kebaikan yang awak ada untuk saya pertahankan awak dari awak tinggalkan saya.

bukan bermakna terlalu banyak kesalahan die, bukan bermakna terlalu jahat die, bukan bermakna terlalu buruknya dia. Namun dia sebenarnya terlalu baik untuk aku. Aku cuma rasa bersyukur kerana dia masih bersamaku. Yang aku harapkan adalah kejujuran, kesetiaan.tak banyak yang aku minta.

Perhubungan yang kembali bertaut terlalu banyak cabarannya. Aku manusia biasa, bila dikejutkan dengan sesuatu yang tak dijangka, aku sendiri cepat melatah. terus aku seperti jatuh,hilang semuanya. Aku rasakan seperti aku tidak layak untuknya. Aku terlalu jahat untuknya.

Aku tahu banyak yang perlu aku perbaiki. Banyak yang perlu aku ubah dalam hidup. Aku perlu sedar, aku masih bukan sesiapa lagi untuknya.Aku perlu belajar untuk menerima. Namun, aku masih malu. Malu dengan semua yang pernah berlaku. Memang pahit untuk aku telan,namun aku perlu menerima. Pandangan orang kepada diri aku biarlah masa yang menentukan. kerana aku tiadahak untuk mengubahnya.

Kepada insan yang aku cinta:

b, ma tau ma tak sempurna. banyak kesalahan ma pada b. tapi ma nak berubah. ma nak cuba berubah. yang ma harapkan cuma b, bantulah ma... 

 
Diedit dengan rasa kasih sayang oleh SuhanaIsmail 2011