Saturday, 25 June 2011

Message yang aku pandang sepi

8.40 malam
Sakit perut yang mencucuk yang bukan sama seperti biasa buat aku baring meringkuk tanpa boleh menelentang, duduk menunduk tanpa boleh duduk tegak, berdiri membongkok tanpa boleh berjalan seperti biasa. Sakit yang datang menyerang dengan tiba-tiba. Hati suruh kuat. Biasalah dalam keadaan mental yang tak berapa kuat, hati cepat tersentuh, fizikal mula goyah. Aku gagahkan tarik adik pergi ke klinik. Abah kerja, mama menjaga opah yang sakit di Perak. Aku kuatkan diri memandu ke klinik.


10.00 malam
Perut masih sakit. Ubat aku telan. setengah jam pastu makan nasik beberapa suap.alas perut. Hati jadi sayu. Otak cepat-cepat sedar. Sudah-sudahlah, tak ada apa yang perlu diharapkan lagi. Dulu sakit ada yang teman dari jauh, ada yang masih nak mengambil berat, ada yang tak putus menyuruh berehat. Sekarang sakit hanya sendiri. ambil berat untuk diri sendiri. bercakap pada diri sendiri untuk terus berehat. Cukuplah ada diri sendiri yang masih waras akalnya.


12.01 malam
Saat hati mula baik, saat hati telah tenang. Bb kat sebelah mula bergegar. selalunya aku tak rasa apa pun sebab lampu merah yang menyala. Tapi sekrang lampu hijau, kuning, biru dan merah berganti-ganti. Hati mula bergetar. aku serasa tahu apa yang empunya inginkan.


Sok nak gmbr ye,dlm kete


Msg itu aku pandang sepi. berselang 11 minit, muncul lagi satu msg. 


leh x?


Aku seperti dapat kekuatan, msg tu aku pandang sepi. Biarlah. Aku tak perlu untuk membalasnya. Kalau dulu, mungkin aku akan segera membalasnya "ok" walaupun pada ketika itu aku jauh darinya. Aku mungkin akan sanggup untuk memandu dari KL ke kampung walau untuk gambar-gambar itu. aku mungkin sanggup memandu walau aku ketika itu sakit, aku pasti akan penuhi apa saja yang diinginkannya. apa sahaja. Tapi itu dulu. Semasa dia adalah hidupku.


Aku bukan aku yang dulu. Untuk apa aku bertemu dengannya sedangkan aku tahu, pasti takkan ada senyuman pada bibirnya. untuk apa aku bertemu dengannya sedangkan aku pasti lirik matanya pasti xkan mencari mataku. untuk aku bertemu dengannya sedangkan aku tahu, huluran tanganku takkan disambut mesra. untuk apa aku bertemu dengannya sedangkan aku pasti hati aku yang akan terluka. aku takkan melukai hati aku lagi. aku tak sanggup untuk melukakan hatiku lagi. luka yang berdarah takkan aku tambah dalam lukanya.


Kepada MF, 
saya tahu awak pasti sakit hati. mungkin awak akan menyumpah-nyumpah saya. tapi saya harap awak faham, ketika saya masih bersama awak, awaklah segalanya dalam hidup saya. saya akan sanggup melakukan apa sahaja demi awak walaupon ia kesalahan. itu kerana cinta saya dan kasih sayang saya. Tapi setelah saya lihat awak dengan sekelip mata membuang saya dari setiap inci hidup awak, sedarlah awak takkan menjadi keutamaan saya lagi. awak telah kehilangan apa yang awak pernah dapat dari saya. awak telah hilang SAYA.

Wallahualam

4 comments:

cik helena said...

awak mcm cikhel :)

merujuk kepada entry sebelum2 ini juga ..

Call me, Eyka said...

sedih la baca. tapi apa yg di alami tu sbnr nya fitrah perempuan... sekali dah lakukan kesilapan, susah utk dpt kan kepercayaan yg kedua kan? :')

su.hana88 said...

cikhelena: nanti sy nak khatamkan baca post cik hel

su.hana88 said...

eyka: betul......huhu pedih tp kene lalui gak

 
Diedit dengan rasa kasih sayang oleh SuhanaIsmail 2011