1 utama. Masa ni singgah one utama. Masa ni aku pun tak ingat tengok movie ape dengan dia. Yang aku ingat masa ni pun baru balik dari temankan die pergi temuduga. Temuduga kerja kat Damansara Jaya. Punyelah payah cari tempat ni. Interview yang paling susah dalam hidup dia sebab kena ada jawab soalan. Haha masa ni aku ingat die send gambar kat aku, pastu aku tolong bagi jawapan. haah merapu je soalan die bagi. Lepastu bateri bb aku habis. Lama aku tunggu, tak lama tu dia datang tersengih-sengih aku ingat sebab ape, rupenya dia cakap dia lari. Interview susah sampai kene tengok plan bagai. Leceh. Haha lepastu boleh dia cakap ada emergency call. kelakar. then berhenti kat station minyak tunggu dia salin baju kat 7 eleven. Lepastu terus chow p OU. Tengok cerita ape tah aku pun tak ingat.
Esoknya pagi-pagi pergi ke Bandar Tasek Kesuma. Kat situ pun asyik nak marah je sebab GPS aku salag. kah3. Nasibla dia cool je cakap salah tempat. Akhirnya jumpa juga tempat tu. Sebuah kilang. Hehe dia terus macam tak berkenan. Last2 dia cakap jomlah p makan. Aku gelak lagi. Buat onar. hehe terus berhenti petronas, sembahyang dan terus bergerak ke Bangi.
Nampak kat astas ni? kitorang pergu Bangi makan nasi ayam. Hehe makan nasi ayam Hainan, sedap sangat.ambik yang set. Lepastu dah habis makan semua kitorang pergi jalan-jalan pusing-pusing sebab tak nak balik awal. Ingatkan nak pergi tengok wayang kat Kuala Selangor tapi dia macam penat so tak jadi pergi.
Hari khamis tu aku temankan dia pergi ke Damansara lagi. Temuduga kerja yang abang dia tolong carikan. Sebelum pergi jumpa dengan abang dia dan terus bergerak ke tempat tu. Mencabar keimanan sebab tak jumpa cari lorong tu. Aku menggigil-gigil sebab lapar. Dia terus tukar drive kereta dan tak lama pastu terus jumpa tempat tu. Lepastu singgah 7eleven dan beli roti tiga bungkus. haha lapar sangat masa tu.
Masa dia pergi temuduga sempat dia msg, ada 6 orang kot temuduga hari tu. Lama aku tunggu dia dalam kereta sebab aku dah tak larat. Rasa nak pengsan lapar sangat. Tak lama tu die datang bagitau yang dia seorang je ada kelulusan QS untuk apply kerja tu. yang lain guna diploma civil untuk apply QS. MAsa tu aku dah terdetik yang dia boleh dapat kerja tu. singgah petronas sebelum pergi ke OU lagi. Kat Ou tengah renovate so takde tempat makan sangat. KFC pun xde. So, just beli sosej kat GSC masa tu sebelum tengok wayang. aku pun tak ingat cerita ape.
Hari jumaat memang sure dia dapat kerja tu. Hari ahad aku g hantar die pergi damansara sebab die duduk dengan kawan dia. Aku hantar barang-barang dia dan follow belakang die sebab die naik motor. Malam tu die kata nak pergi keluar sebab bosan. Di pergi Uptown Damansara. Aku message lama die xrply. Lepatu aku tgok die laju update fb dengan kawan-kawan die. aku hantr msg serba ringkas dan start malam tu die macam xmelayan aku sgt. Esok pagi aku tulis kat wall die tu. Gud Luck sebab haritu hari pertama die bekerja. Aku hntr bbm serba ringkas pada die dan aku cakap sampai hati langsung tak reply msg. Dia mcam biasa reply ringkas. Tak macam selalu.
Hari first die upload gambar kat atas ni.Hari tu sepi sebab malam pun dia dah tak msg aku sgt. Die cakap dia busy sebb penat. Hidup aku mula hambar.
gmbr kat atas gambar lepas update lepas satu hari dai tak msg aku. aku rasa apa? sedih. dia rasa apa? seronok. sebab apa? sebab die tak perlu rasa kehilangan. die tak rasa semua tu. die bergembira dengan yang baru.
tengah menaip ni pun jujur aku rasa sakit lagi. aku tak tau kenape aku perlu buat semua ni. tapi aku rasa biarlah aku meluahkan rasa sakit. Andai satu hari blog ni menjadi tatapan dia, biar dia tahu betapa aku mati dengan semua yang dilakukan pada aku.
Benci? Marah? Aku tak tahu apa aku rasa. Kadang-kadang aku jatuh. Tapi cepat-cepat aku bangun sebab aku masih ada Allah. Biarlah semua kesakitan yang dia berikan Allah yang membalasnya. Dengan kebaikan atau sebaliknya. Aku serahkan pada yang Esa. Cuma aku sentiasa berdoa, dia akan merasa kesakitannya.
Jangan dirindu pada yang tak sudi. Kelak sakit merantai diri. Jangan mencari pada yang pergi, pasrahkan hati, relakan diri.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment