Persoalan untuk diri aku sendiri. soalan yang aku fikir selepas semua ni berlaku. Tak pernah rasa penatke? aku jawab.
tak ada istilah rasa penat untuk orang yang aku cintai.
setiap minggu selama dia berkerja aku akan sabar menunggu hari sabtu, sebab hari sabtu hari terakhir die bekerja. cuti cuma sehari. jadi, petang sabtu aku pasti bersiap untuk menjemput dia seterusnya pulang ke kampung. aku tak rasa penatke? tak rasa pun sebab aku seronok buat semua tu.
bila dia tak bekerja, dia tumpukan untuk sambung belajar kat UK. Susah payah waktu aku ingat lagi. Dari awal mengisi borang, berurusan dengan pihak universiti, aku lalui bersama dia. Kehulu kehilir menguruskan hal di Twintech, semuanya aku buat dengan senang hati. tak rasa penatke? tak pernah sebab aku selalu nak usahakan yang terbaik untuk dia. aku tak kisah nak menaip surat on the spot, aku tak kisah jadi kerani tak berbayar pun.
bila dia dah tak kerja, aku runsing aku risau sebab dia sellu cakap die boring duduk rumah. aku search jobstreet, aku google kerja-kerja kosong. aku tak kisahla buat semua tu. aku cuma risau bila dia boring. aku tak suka dia cakap die boring. sebab tu walaupun aku menghadapi hari-hari peperiksaan yang septutnya aku tumpukan di bilik belajar menelaah buku, aku korbankan. aku balik ke kampung, aku cuba buat sehabis baik aku untuk memenuhi apa yang dia nak.tak pernah rasa penatke hidup macam tu? tak pernah. sebab aku tau, bila aku dekat dengan dia, aku rasa tenteram, aku rasa selamat.
bila dia terpksa pergi temuduga kerja, di saat aku masih lagi perlu menghabiskan kelas-kelas berbaki di maktab, aku relakan dengan hati sendiri dia gunakan kereta. asalkan aku tau, die pergi temuduga kerja dengan selamat, dengan gembira. tapi dia tak tau macam mana aku terpaksa pergi ke kelas berjalan kaki. Naik bukit turun bukit yang bukan sikit jauhnya. dia tak tau macam mana aku balik dari kuliah termengah-mengah smentara kawan yang lain dah nyenyak tidur waktu tengahari? die tak tau macam mana aku menhan sakit lenguh kaki yg terseliuh masa turun bukit dengan kasut tumit tinggi 2 inci. die tak pernah tau sbab aku tak nak die fikir aku susah.aku takkan bagitau susahnya aku sebab dia. tak pernh rasa penatke? tak pernah sebab aku rasa aku bertanggungjawab memenuhi semua tu.
aku dan dia mmg tak pernah lekang dengan msg. hampir setiap waktu kami bbm, msg. aku tak kisah pun sebab itu yang dia ajar aku sejak dari awal aku dan dia. sampai semua org rasa rimas, tapi aku diamkan. nenek, atuk bising sebab hp 24jam kat tangan, aku diamkan, die tak tau aku kene marah. tapi bila satu masa die tegur aku sebab aku merajuk die xmsg, die suruh aku kurgkan msg, sebb org pun dah tegur asyik msg je, die tau ape aku rasa? aku sedih, tapi aku diamkan, aku tak pernah cakap dengan die, "b, nenek marah kite asyik msg je", "b, atuk marah sebb asyik pgg hp je", "b, mama suruh kurg2kn msg, xelok". die xpernah dengar semua tu dari aku. tak pernah rasa penat ke selalu jga hati die? tak, sebab seboleh mungkin aku akan jaga hatinya.
dan bila aku berdalih dengan satu perkara yang sangat penting dalam hidup aku, bila die minta kebenaran aku nyatakan, aku tetap tidak pernah mengaku. kerana perkara itu melibatkan orang ketiga. bila aku salah percaturan, aku terpaksa teruskan, tapi semua itu aku buat sebab aku takut kehilangan dia., dan bila perkara sebenar diketahui, degan rasa ikhlas dia memaafkan aku. dan dengan rasa rendah diri die katakan padaku, "b terima ma, sebab b tau b bukan baik sangat. b tetap dengan ma, sebab b sygkan ma. tak payah nak putus-putus sebab insyaallah lagi 2 tahun kita kahwin". aku menarik nafas lega sebab dia faham aku.
dan satu-satunya masalah yang selalu aku berikan padanya bila melibatkan "dia", orang ketiga. aku tak pernah rasa senang hati. aku selalu rasa dia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan kekasih hati aku. dan dia lah yang selalu menjadi punca pergaduhan kami. bila dia kata aku tak percaya pada dia lagi, aku sedih, sebab aku rasa die xmemberi sokongan untuk buat aku yakin dia setia dengan aku. itulah kesalahan aku yang paling besar. dan besar sangat kesilapan tu sampaikan dengan tega die betul-betul berpaling hati.
berbaloike apa yang aku buat dengan apa yang aku dapat? engkau pergi dari hidup aku setelah kau pasti kau xperlukan aku. kau nekad membuang aku dalam sekelip mata setelah kau pasti aku tiada gunanya. kau pijak aku setelah puas aku kau guna.
semua yang terjadi takdir Allah. Aku hanya manusia yang mendambakan yang terbaik untuk orang yang cintai dan sayangi. Dan saat bila aku ditakdirkan jatuh ini,baru aku sedar sesungguhnya Allah mengingatkan aku,
Jangan kita terlalui mencintai seseorang sedangkan kita sendiri tak pasti hasil yang akan kita perolehi. Jangan terlalu mencintai seseorang sehingga sanggup berkorban segalanya. Dan jangan mencintai seseorang melebihi cinta pada yang Esa.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment