1) aku takut buka facebook
aku takut sangat nak buka facebook. Aku takut kalau aku buka, aku akan cuba jugak untuk buka wall die walau die dah block aku. aku takut aku nak jugak tgok wall perempuan tu walau aku taknak tengok. Aku takut kalau tengok apa-apa yang buat aku jadi LEMAH! aku takut ternampak gambar dia. aku takut tertengok gambar diorang. aku takut.
2) aku takut nak buka blog orang lain.
aku takut kalau aku buka blog orang, tangan aku laju menaip blog perempuan tu. aku takut nak tengok isi apa dalam blog tu. aku takut nak baca cerita gembira apa yang dia khabarkan dan laungkan pada semua. aku takut nak tengok cerita kebahagiaan dia dngan orang yang pernah aku syg. aku takut aku mati untuk kali keempat. Kali pertama aku mati bila die buang aku dlm sekelip mata, delete aku dr semua benda yang berkaitan dengan aku. kali kedua aku mati bila aku tau dia rupenya menyambung semula ikatan dengan perempuan tu. kali ketiga aku mati bila aku tengok gambar mereka berdua bersama org yang aku percaya yang aku anggap sahabat yang aku anggap kakak. aku takut aku mati untuk kali keempat. cukuplah aku mati tiga kali, kerana tiga kali aku cuba pulihkan hati aku dengan susah payah, aku pulihkan hati dengan kekuatan yang tak pernah aku ada selama ini.
3) aku takut balik kampung.
ye. aku takut balik kampung. aku takut sebab terlalu banyak kenangan aku dan dia kat kampung. Setiap jalan setiap lorong, setipa simpang ada kenangan aku dan die. hatta di rumah aku sendiri setiap sudut setiap ruang setiap kawasan ada kenangan tersendiri aku dan dia. aku takut aku tak kuat. jadi aku takut untuk balik. aku takut untuk balik ke rumah aku sendiri.
perluke semua ni? aku rasa aku perlu buat semua ni sebab hati aku masih rapuh. saat ini aku rasa aku kuat tapi dalam sekelip mata aku boleh jatuh terduduk. terima kasih kekasih dunia akhirat yang tak kesampaian untuk semuanya.
No comments:
Post a Comment