Semalam hati masih lembut. Tapi aku tersentak bila dapat tau sebenarnya die kembali pada perempuan itu. Hati aku terus panas. Rasa terbakar. Air mata yang menitis aku sumpah-sumpah. Aku tak redha dengan stiap air mata yang aku titiskan untuknya. Aku xizinkan air mata keluar, aku tahan sedaya mungkin. aku maki diri sendiri tahan kesedihan yang tak ada gunanya.
Hilang sudah kepercayaan pada insan bernama lelaki. Saat itu aku sedar, semua yang berlaku bukan pengakhiran hidupku. Tapi ia permulaan. Permulaan hidup yang akan aku cipta bahagia dengan senyuman setiap saatnya. Permulaan hidup untuk aku bangun berbakti pada abah dan mama yang sering aku abaikan. Permulaan hidup membalas jasa atuk dan nenek yang tak mungkin terbalas. Permulaan hidup untuk aku bersama adik-adik yang sedang membesar mengharapkan kasih-sayang aku. Ye, saat itu aku sedar, inilah permulaan hidup aku.
Dan pagi ini aku bangun menadah tangan pada illahi. Memohon dipinjamkan kekuatan hati dan emosi. Memohon dipinjamkan sedikit nikmat kesihatan supaya aku lebih bersedia menghadapi permulaan hidup baru ini. aku bangun dengan azam melaksanakan impian yang pasti aku capai walau apa pun caranya. Dan pagi ini, aku disambut gembira oleh adik-adik. Hari ni pasti hari yang gembira untuk aku dan adik-adik.
Soal hati dan perasaan biarlah masa berlalu. Walaupun kesakitan yang diberikan padaku, namun aku tak boleh lupa, aku pernah senang bersamanya, aku pernah bahagia bersamanya, aku pernah ketawa bersamanya, aku pernah melalui suka dan duka bersamanya, dan aku sangat bahagia. aku yakin aku takkan ralat walau aku tak memilikinya kerana psti jodohku lebih baik telah Allah tentukan untukku. Semua yang berlaku, keskitan yang aku lalui kerananya, hanya Allah yang akan membalasnya. aku yakin janji Allah.
Dan bermula saat ini. aku adalah aku yang baru. Aku percaya kau pasti menyesal melepaskan aku. Bermula saat ini, aku takkan mencintai insan bernama lelaki melainkan itu adalah jodoh yang Allah tentukan untukku.
"Berkahwinlah dengan orang yang mencintaimu, bukan dengan orang yang kau cinta. kerana orang yang kau cinta pasti akan meninggalkanmu untuk orang yang dicintainya"
dan selama ini aku silap kerana aku berkasih dengan orang yang aku cintai sepenuh hati, bukan orang yang mencintaiku sepenuh hati.
No comments:
Post a Comment