Sunday, 26 June 2011

Delete Semua Memory Kau dan Aku

Bila dah clash, semua benda nak kene buang. Semua yang ada kaitan antara kau dan aku. Buang hilangkan padam semuanya. Jangan sampai ada tertinggal walau satu pun. Perluke sampai macam tu.

.......................................

Usai solat di lewat malam, aku terpanggil untuk menilik handphone. Kelip-kelip warna merah aku pandang biasa. Tertarik untuk melihat email yang masuk ke inbox. Ada dua email. Cepat-cepat aku buka. Tersenyum sendiri. Benci? xlah. Marah? xjuga. Kecewa? Tak pulak terasa. Habistu? entah aku dah kosong. Senyum je lah. Cepat-cepat teringat tentang memori semasa masih bersama.

Email aku merupkan secondary emailnya. dia seperti tidak menyukainya namun didiamkan sahaja. dia tak berapa selesa mungkin. Aku tahu pasword emailnya. aku tahu pasword facebooknya. Mula-mula memang dia tak kisah tapi lama-lama makin kisah. Mungkin sebab dia rasa tak  bebas. Lelaki kan? Atau mungkin ada mulut yang membuatkan dia jadi panas? wallahualam. Namun beberapa minggu sebelum berpisah, dia tukar pasword emailnya. Dia tukar pasword facebooknya. sebab apa? Sebab aku selalu tengok ada notification ada seseorang yang masuk facebooknya melalui snaptu. aku luahkan rasa tak puas hati dan aku terkejut sebab dia anggap selama ni aku yang buka facebooknya. padahal aku rasa aku tahu dia sebenarnya tahu perempuan itu yang membukanya. malas nak memanjangkan cerita.

malam tadi email pertama memberi notis satu lagi email ditambah ke dalam secondary email. iaitu ar**az***@yahoo.com. aku tersenyum. Email kedua merupakan email yang menyatakan emailku telah didelete aku tersenyum meleret. tak apa padam semuanya ye. aku bukan lagi sesiapa. sekarang mungkin perempuan itu yang menjadi PA kau. Meneliti semua email-email. Meneliti semua message dalam facebook. Mungkin semuanya dalam tangan dia. Tempat yang pernah aku duduk dulu. Tapi aku PA yang tak kau senangi. Tapi mungkin sekrang kau dengan rela hati menyuruhnya menguruskan semuanya.terasakah aku? tak. 

Semalam aku merasa sedikit kecewa lagi. adik bagitau yang sebenarnya kau bukan sahaj delete aku dari friendlist, tapi block. aku suruh adik buka wallnya melalui facebooknya, namun aku sedikit terkilan kerana adik aku pun menjadi mangsa kebencian kau, kau block dia juga. Aku cepat-cepat beristighfar. Ikut hati aku sudah capai handphone dan hantar message meluahkan rasa hati. Namun aku cepat-cepat sedar. aku mungkin bermasalah dengannya. Tapi bukan dengan keluarganya. dia bermasalah dengan aku, tapi kenapa perlu memutuskan silaturrahim sesama insan dengan ahli keluargaku. apa yang keluargaku telah lakukan kepadanya?? aku takkan buat kerja macam orang tak ada hati. 

Aku dan keluarganya dah saling mengenali. Aku dah sayang mereka seperti ahli keluargaku sendiri. Aku menyayangi mereka sepenuh hati. Malah keluargaku tidak ada masalah bila aku bersama dengan keluarganya. Restu orang kata. Dan aku rasa walau bermasalah aku dengan die, aku takkan dengan senang memutuskan silaturrahim yang telah terbina. Malah daripada ahli keluarganya aku mendapat kekuatan untuk meneruskan kehidupan. dari ahli keluarganya aku diberi semangat untuk terus berjuang melawan semua kesedihan. Perluke aku memutuskan silaturrahim tersebut.

walau aku tidak bersamanya kini, aku bersyukur aku tidak hilang kasih-sayang dari ahli keluarganya. walau tidak ada ikatan darah, walau aku bukan sesiapa pada mereka, namun mereka langsung tidak membuang aku. aku bersyukur. 

teringat dengan kata-kata abangnya dan kakak iparnya. Nanti kalau adik pergi UK, ikutla sekali sambung belajar buat master kat sana. terharu dengan kesediaan mereka menerima aku. malah abangnya juga memberi cadangan supaya kami ditunangkan sebelum dia berangkat ke sana. Namun semua itu cuma tinggal kenangan. Memori itu tidak akan aku kenang, tidak akan aku buang. Aku akan simpan rapat-rapat memori itu. 

'Kerana memori itu sangat manis untuk dibuang dan terlalu pahit untuk dikenang'

tinggal kenangan



wallahualam.

No comments:

 
Diedit dengan rasa kasih sayang oleh SuhanaIsmail 2011